Bahagian / Unit
Merancang dan menyelaras hala tuju pemerkasaan wanita.
Merancang, menyelaras, dan mengemaskini Dasar Wanita Negara.
Merancang serta menyelaras pengemaskinian dan memantau pencapaian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.
Merancang, menyelaras dan melaksana urusan berkaitan Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) serta memantau pelaksanaan keputusan – keputusan mesyuarat.
Memantau pelaksanaan program yang diurussetiakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
Menyelaras urusan berkaitan Parlimen, Memorandum Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja – Raja dan lain – lain mesyuarat di peringkat Kementerian.
Menyelaras pengemaskinian input / maklum balas berhubung komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan wanita.
Merancang, menyelaras, mengemas kini dan memantau Key Performance Indicator (KPI), Outcome Based Budgeting (OBB) dan Sasaran Kerja Utama Jabatan.
Menyelaras pengemaskinian input dan memantau pencapaian program berkaitan JPW di bawah Pelan Strategik KPWKM.
Memantau dan menyelaras input Dasar Wanita Negara dalam perbincangan dasar di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.
Menyelaras hala tuju dan perancangan strategik JPW.
Mempergiat, menyelaras dan memantau gerak kerja pengarusperdanaan Dasar Wanita Negara.