Laman Wanita (LaWa)

Image

Pengenalan

LaWa ialah pusat aktiviti setempat yang menawarkan pelbagai aktiviti program pemerkasaan wanita seperti program kemahiran bagi menjana pendapatan wanita, program advokasi, program kepimpinan dan menjadi satu pusat informatif serta hebahan berhubung isu-isu berkaitan wanita.

Penubuhan LaWa adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Pelan Strategik KPWKM di bawah Teras 2 : Memperkasa Wanita iaitu dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan bilangan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga buruh di samping menjana pendapatan keluarga dan negara. Selari dengan usaha tersebut, LaWa ditubuhkan bagi menyediakan tempat bagi melaksanakan program-program yang mendokong usaha memperkasa wanita dalam mengurangkan jurang gender terutama dari segi pembangunan kapasiti dan kesejahteraan wanita.


Program Pemerkasaan LaWa merupakan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi meningkatkan kemahiran asas wanita dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, literasi kewangan, STEM & IT dan sosioekonomi wanita. Ia bertujuan membantu wanita menjana pendapatan, meningkatkan daya saing dan membina rangkaian komuniti, serta dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) di seluruh negara.


Sebagai pusat aktiviti setempat, LaWa menyokong Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025 - 2030 dalam memperkasa wanita dan menggalakkan penyertaan mereka dalam tenaga buruh. Setakat ini, terdapat 13 fasiliti LaWa di tujuh (7) negeri, lengkap dengan bilik seminar dan ruang kemahiran kreatif.

Bermula 2025, JPW memperkenalkan LaWa On-The-Go yang mengadaptasi konsep sedia ada melalui pelaksanakan program dengan kerjasama di fasiliti Kementerian atau Agensi Luar seperti Pusat komuniti desa (PKD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), institut latihan awam dan lain - lain lokasi yang bersesuai. Projek rintis di Kelantan pada tahun 2024 telah menerima sambutan positif, dan kini diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat manfaat secara inklusif, meskipun tiada fasiliti fizikal LaWa di kawasan mereka.

Objektif

  • Meningkatkan penyertaan wanita melalui penyediaan program kemahiran (hard skill dan soft skill) yang dapat membantu kebolehpasaran wanita dalam bidang industri yang bermatlamatkan penjanaan pendapatan diri dan ekonomi keluarga;

  • Memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita dalam bidang psiko pendidikan agar wanita dapat mengimbangi aspek kesejahteraan kehidupan mereka;

  • Mengenalpasti bakat dan potensi wanita yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi; dan

Image

Kemudahan

01

Ruang/Bilik Seminar

Ruang/Bilik Seminar bagi pelaksanaan program substantif seperti Klinik IRIS (Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita), Klinik MATAHARI (Program Meningkatkan DayaTahan dan Psikologi Wanita), Advokasi Menangani Keganasan Terhadap Wanita, Advokasi Akta Antigangguan Seksual serta program kepimpinan; dan

02

Ruang Kemahiran Kreatif

Ruang Kemahiran Kreatif bagi pelaksanaan program kemahiran seperti program industri makanan, seni jahitan dan kraf tangan serta ekonomi digital ke arah usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti penjanaan pendapatan.

JPW mempunyai 14 buah LaWa di tujuh (7) negeri seperti berikut:

Sila klik untuk muat turun

#Lamanwanita