Suara Anda
| Bil. | Pengguna | Pendapat/Cadangan/Pertanyaan | Maklum balas/ Tindakan |
| 1. | Sarah waheeda | Ada tak funding untuk ibu2 tunggal memulakan bisnes? | Suka untuk saya jelaskan, JKM yang merupakan agensi di bawah KPWKM, ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasar JKM untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan nilai maksimum RM2700 sekaligus. Namun demikian, bantuan GP disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. Oleh yang demikian, puan perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu SEKIRANYA LAYAK.Setelah tersenarai sebagai penerima bantuan, puan bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan GP. Berikut adalah skim bantuan bulanan yang boleh ditawarkan kepada ibu tunggal;
*kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian dengan puan, mohon pihak puan untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran untuk mengemukakan permohonan. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon. Selain itu, puan juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi membolehkan puan mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan JKM serta alamat lengkap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia, puan boleh melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my Sekian, terima kasih. |