Aku Wanita@KRT

Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga
(Aku Wanita@KRT)

multicolored-aesthetic-photo-collage-vision-board-flyer-landscape.png

Pengenalan

Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga atau AkuWanita@KRT diwujudkan sebagai platform strategik bagi mendekati masyarakat melalui aktiviti berimpak tinggi yang telus terhadap masyarakat dalam menangani masalah KRT bersama pemandiri.

Objektif

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita agar tidak mudah terpedaya dengan aliran dan rentak kehidupan masa kini yang menyumbang kepada segala bentuk keganasan era baharu

  • Mengukuhkan kefahaman masyarakat sebagai langkah pencegahan melalui perkongsian kes keganasan termasuk keganasan rumah tangga

  • Melahirkan kekuatan dalam diri agar wanita berani ke hadapan melapor isu-isu berkaitan dengan jenayah kepada muka keadilan agar mereka boleh keluar dari situasi tersebut dan seterusnya membantu wanita lain yang juga menjadi mangsa

  • Memenuhi keperluan keputusan Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga (JKRT) yang memfokuskan program-program bersasar mengikut trend semasa negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga

  • Memperkasa dan menyelaras maklumat mengenai program advokasi, kesedaran, intervensi, bahan hebahan dan menguar- uarkan bahan hebahan berkaitan keganasan rumah tangga

Pengisian Program Aku Wanita@KRT

01

Sesi Forum dan Ceramah "Berani Lapor"

Sesi forum atau ceramah yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang keganasan rumah tangga dengan perkongsian ilmu, pengalaman dan perspektif mendalam tentang isu Keganasan Rumah Tangga
02

K-Chat: Sesi intervensi psikologi yang dinamakan

Sesi intervensi psikologi berkumpulan yang terdiri oleh pemandiri dan individu yang terkesan oleh KRT dilaksanakan bersama kaunselor dan fasilitator terlatih untuk membantu peserta memahami, mengurus emosi dan menangani impak psikologi akibat keganasan rumah tangga yang dialami. Dialog ini memberi ruang kepada peserta untuk berinterkasi secara terbuka mengani isu-isu berkaitan dalam suasana yang selamat dan menyokong
03

Pameran Rakan Strategik KRT

Pameran interaktif oleh rakan strategik turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan, sokongan dan sumber rujukan yang boleh diakses oleh mangsa atau individu yang ingin keluar atau membantu individu yang terkesan untuk keluar daripada kitaran keganasan 

Lampiran

Kit Cekal