Meningkatkan Daya Tahan Dan Psikologi Wanita (MATAHARI)

Image

Pengenalan

Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai isu kesihatan mental meningkat khususnya yang melibatkan wanita. Krisis ini telah menimbulkan kesukaran kepada kehidupan masyarakat yang seterusnya memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan psikologi. Konflik yang berterusan ini membawa kepada kerapuhan emosi dan mengganggu kesejahteraan diri terutamanya kepada wanita. Justeru, Jabatan Pembangunan Wanita(JPW) melihatakan kepentingan untuk mempertingkatkan usaha advokasi pemerkasaan dan kesihatan mental dalam membina resiliensi atau daya tahan dalam menghadapi pelbagai isu. Program Matahari ini penting khususnya bagi wanita untuk mempelajari aspek psikologi yang boleh membina daya tahan dalaman dan luaran yang kukuh, adaptasi (adaptability) dan dinamik dengan perubahan supaya mereka tidak mudah terpengaruh oleh situasi atau musibah yang berlaku.

Objektif Program

01

Meningkatkan kemahiran psikologi asas dari aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran, serta memahami perbezaan personaliti individu

02

Menambahkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan daya tahan dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan kognitif dan kawalan minda

03

Memberi penghayatan serta menerapkan sifat penyesuaian kendiri yang dinamik dalam mengurus diri untuk lebih produktif dan berdaya tahan tinggi

Fokus Program Matahari

01

Psikologi Asas untuk memahami perbezaan personaliti individu dari aspek psikologi

02

Pengurusan Daya Tindak untuk mempelajari kaedah peningkatan ketahanan kendiri (resiliensi) yang baik

03

Pengurusan Penyesuaian Kendiri untuk memupuk kaedah mengawal dan pengurusan penyesuaian kendiri yang bijak

 

Bil. Tajuk
1. Risalah Matahari

#ProgramMatahari

#LiterasiperundangandanHakWanita

#Matahari