Soalan Lazim
Gangguan seksual boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya.
- Secara lisan seperti kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual;
- Secara bukan lisan seperti pandangan atau kerlingan yang memberikan bayangan niat atau keinginan berbentuk seksual;
- Secara visual seperti menghantar atau menunjukkan mesej berunsur seksual menerusi media elektronik, atas talian atau secara berhadapan;
- Secara isyarat seperti menggunakan isyarat yang membayangkan perlakuan seks atau lain-lain berkaitan; dan Secara fizikal seperti segala bentuk perbuatan fizikal dalam jarak terlalu rapat sehingga menjurus kepada rasa kurang selesa.
Gangguan seksual memberikan kesan negatif dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa merangkumi aspek psikologi, fizikal dan kompetensi serta produktiviti.
- Mangsa gangguan seksual tidak dipengaruhi oleh rupa fizikal, jenis pakaian, umur dan tingkah laku;
- Gangguan seksual boleh berlaku kepada wanita dan lelaki tanpa mengira usia, penampilan fizikal atau status perkahwinan;
- Gangguan seksual akan terus berlaku sekiranya mangsa tidak mengambil sebarang tindakan atau mengabaikannya dan mungkin dianggap sebagai persetujuan atau dorongan untuk pelaku terus melakukannya;
- Gangguan seksual boleh berlaku di kalangan jantina yang sama; dan
- Gangguan seksual merupakan tindakan yang disengajakan dan pelaku mempunyai niat untuk melakukannya.
- Jangan memberikan komen, menghina, sindiran, kiasan atau bahasa tubuh menyentuh perkara seksual;
- Jangan memberikan pandangan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada seseorang;
- Jangan berkongsi sebarang gambar, mesej atau material yang menjurus kepada perlakuan seksual;
- Jangan memulakan sebarang perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual; dan
- Jangan melakukan sentuhan fizikal tanpa kebenaran atau sebab yang bersesuaian.
- Bersikap proaktif dengan mengambil inisiatif atau langkah bersesuaian untuk mengelakkan terdedah kepada gangguan seksual;
- Ambil serius dan jangan normalisasikan gangguan seksual dengan hanya menganggap ianya jenaka atau gurauan; dan
- Sedar dan tahu hak sebagai mangsa.
- Bertindak segera dan laporkan gangguan kepada pihak berkuasa;
- Berikan teguran kepada pelaku dan mohon untuk hentikan perlakuan berkenaan;
- Rekodkan perincian gangguan dan simpan bukti berkaitan;
- Katakan tidak kepada sebarang keadaan atau situasi yang tidak selesa atau perlakuan yang menyinggung perasaan; dan
- Kongsi dengan orang yang dipercayai.
- Sembunyikan maklumat pelapor/mangsa;
- Laporan dibuat dengan jujur tanpa ada sebarang niat lain;
- Mulakan siasatan dan ianya dilakukan dengan telus tanpa sebarang andaian;
- Lindungi mangsa dari penganiayaan seperti diasingkan, dimalukan dan dihina; dan
- Libatkan kedua-duan jantina dalam pasukan siasatan untuk lebih
- Nasihatkan mangsa untuk membuat aduan;
- Jaga kerahsiaan dan jangan buat spekulasi;
- Jangan sebarkan cerita yang boleh menjejaskan kredibiliti dan menimbulkan aib mangsa;
- Bantu mangsa kemuka aduan melalui saluran dan tatacara yang betul;
- Bantu mangsa atasi trauma seperti mendapatkan kaunseling;
- Bantu sediakan tempat/persekitaran lebih selamat kepada mangsa;
- Berani tampil sebagai saksi; dan
- Hentikan pelaku sekiranya melihat kejadian gangguan seksual.
- Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792];
- Kanun Keseksaan [Akta 574];
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];
- Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336];
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993];
- Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.3.1.2 - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja;
- Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605];
- Akta Kerja 1955 [Akta 265];
- Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]; dan
- Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja 1999