Hari Wanita Antarabangsa

Image

Latar Belakang Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. Tradisi sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an. Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.

Objektif Program

01
Menyediakan platform bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara;
02
Mendaya upaya peranan semua pihak dalam usaha memperkasa wanita;
03
Menyebar luas maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan wanita; dan
04
Mempamerkan komitmen Kerajaan dalam mengarusperdana kepentingan gender dalam aspek perancangan dan pembangunan negara.

Tema Hari Wanita Antarabangsa

Bagi tahun 2025, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tema Hari Wanita Antarabangsa ialah For ALL Women And Girls: Rights. Equality. Empowerment.

Selari dengan tema sambutan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh PBB bagi tahun 2025 dan bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Beijing Declaration and Platform for Action, tema yang ditetapkan oleh Kementerian adalah Wanita Beraspirasi Membina Legasi.

Tema ini menyokong kepentingan untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan sejak Deklarasi Beijing pada tahun 1995 dalam memastikan hak dan peluang yang saksama bagi wanita di seluruh dunia.

Video Promosi Hari Wanita Antarabangsa

#HariWanitaAntarabangsa2023
#KASIHWanita