Permohonan Bantuan Khas Perbendaharaan
Pengenalan
Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang berkuatkuasa pada tahun 2001 adalah disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan melaksanakan program-program KPWKM yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.
Objektif
Pemberian BKP kepada NGO bertujuan:
Untuk mendayaupayakan komuniti melalui tindakan kesukarelaan yang strategik dan berkesan;
Untuk memastikan kumpulan sasar Kementerian menerima faedah yang optimum dan berkesan berdasarkan perkhidmatan yang disediakan oleh NGO; dan
Untuk memperkasakan NGO agar menjadi satu pertubuhan yang berdikari dan membudayakan amalan pengurusan yang terbaik serta berkeupayaan untuk sentiasa melestarikan program dan perkhidmatan yang diberikan.
Maklumat Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara manual atau dalam talian melalui Sistem iJPW;
Permohonan dibuka sepanjang tahun;
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;
Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sahaja mengikut format yang ditetapkan;
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses: dan
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, KPWKM berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran BKP.
Bidang Keutamaan Program
01
Program Pembangunan Wanita
-
Kewangan
-
Kemahiran
-
Keseimbangan
-
Kepimpinan dan kesaksamaan gender
-
Menangani keganasan terhadap Wanita
02
Program Pembangunan Keluarga
-
Kekeluargaan
-
Keibubapaan
-
Kebapaan
-
Persediaan Perkahwinan
-
Pemantapan Perkahwinan
-
Pembangunan Remaja
-
Kesihatan Reproduktif
03
Pembangunan Masyarakat
-
Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
-
Advokasi, Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
-
Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
-
Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
-
Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
-
Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa, Pengemis dan Gelandangan
-
Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
-
Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

Maklumat Lanjut:
Program Pembangunan Wanita:
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)
Tel: 03-8323 1618/ 1608/ 1632
Email:
Program Pembangunan Keluarga:
Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Tingkat 12, Bangunan LPPKN
12 B, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
(u.p: Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga)
Tel: 03-2613 7555 (samb. 1214/1200)
Faks: 03-2694 5458
Program Pembangunan Masyarakat:
Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Pengarah Bahagian Komuniti)
Tel: 03-8323 2378/ 2381/ 2375
Faks: 03-8323 2059