Aku Wanita@KRT
Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga
(Aku Wanita@KRT)

Pengenalan
Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga atau AkuWanita@KRT diwujudkan sebagai platform strategik bagi mendekati masyarakat melalui aktiviti berimpak tinggi yang telus terhadap masyarakat dalam menangani masalah KRT bersama pemandiri.
Objektif
Memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita agar tidak mudah terpedaya dengan aliran dan rentak kehidupan masa kini yang menyumbang kepada segala bentuk keganasan era baharu
Mengukuhkan kefahaman masyarakat sebagai langkah pencegahan melalui perkongsian kes keganasan termasuk keganasan rumah tangga
Melahirkan kekuatan dalam diri agar wanita berani ke hadapan melapor isu-isu berkaitan dengan jenayah kepada muka keadilan agar mereka boleh keluar dari situasi tersebut dan seterusnya membantu wanita lain yang juga menjadi mangsa
Memenuhi keperluan keputusan Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga (JKRT) yang memfokuskan program-program bersasar mengikut trend semasa negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga
Memperkasa dan menyelaras maklumat mengenai program advokasi, kesedaran, intervensi, bahan hebahan dan menguar- uarkan bahan hebahan berkaitan keganasan rumah tangga
Pengisian Program Aku Wanita@KRT
Sesi Forum dan Ceramah "Berani Lapor"
K-Chat: Sesi intervensi psikologi yang dinamakan
Pameran Rakan Strategik KRT
Lampiran
Kit Cekal