Bantuan Khas Perbendaharaan

Pengenalan

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang berkuatkuasa pada tahun 2001 adalah disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan melaksanakan program-program KPWKM yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.

Objektif

Pemberian BKP kepada NGO bertujuan:

  1. Untuk mendayaupayakan komuniti melalui tindakan kesukarelaan yang strategik dan berkesan;

  2. Untuk memastikan kumpulan sasar Kementerian menerima faedah yang optimum dan berkesan berdasarkan perkhidmatan yang disediakan oleh NGO; dan

  3. Untuk memperkasakan NGO agar menjadi satu pertubuhan yang berdikari dan membudayakan amalan pengurusan yang terbaik serta berkeupayaan untuk sentiasa melestarikan program dan perkhidmatan yang diberikan.

Maklumat Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara manual atau dalam talian melalui Sistem iJPW;

  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun;

  3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;

  4. Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sahaja mengikut format yang ditetapkan;

  5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses; dan

  6. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, KPWKM berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran BKP.

Bidang Keutamaan Program

  1. Program Pembangunan Wanita

    1. Wanita & Ekonomi

    2. Wanita & Kepimpinan

    3. Wanita Sejahtera

    4. Wanita Selamat

     

  2. Program Pembangunan Keluarga

    1. Kekeluargaan

    2. Keibubapaan

    3. Kebapaan

    4. Persediaan Perkahwinan

    5. Pemantapan Perkahwinan

    6. Pembangunan Remaja

    7. Kesihatan Reproduktif

     

  3. Pembangunan Masyarakat

    1. Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak

    2. Advokasi, Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang

    3. Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya

    4. Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas

    5. Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana

    6. Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa, Pengemis dan Gelandangan

    7. Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat

    8. Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

Proses Permohonan

Image

Maklumat Lanjut

Program Pembangunan Wanita:

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Wanita

Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)

Tel.: 03-8323 1596/ 1608/ 1632

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Program Pembangunan Keluarga:

Ketua Pengarah

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Tingkat 12, Bangunan LPPKN

12 B, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

(u.p.: Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga)

Tel.: 03-2613 7555 (samb. 1214/1200)

Faks: 03-2694 5458

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Program Pembangunan Masyarakat:

Ketua Pengarah

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p.: Pengarah Bahagian Komuniti)

Tel.: 03-8323 2378/ 2381/ 2375

Faks: 03-8323 2059