Program KIRANA - Kemahiran Penjanaan Pendapatan

Image

Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan (KIRANA)

bertujuan meningkatkan tahap kebebasan kewangan dan taraf hidup wanita. Program ini memberi tumpuan kepada penjanaan pendapatan, ekonomi digital dan literasi kewangan melalui advokasi secara fizikal dan dalam talian.

Image
Image
Image
Latihan Kemahiran

Penjanaan Pendapatan

Ekonomi Digital

Literasi Kewangan

Objektif Program

  • Membimbing wanita kumpulan sasar untuk menjana dan meningkatkan pendapatan kendiri;

  • Memberi latihan yang sistematik berkaitan perniagaan, khususnya perniagaan dalam talian; dan

  • Membina jaringan antara kumpulan sasar wanita supaya dapat menyokong antara satu sama lain.

Kriteria Peserta Program KIRANA

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;

  • Menjalankan perniagaan dari rumah;

  • Mempunyai pengalaman berniaga bagi tempoh kurang daripada 3 tahun;

  • Tidak pernah menyertai program WeJana sebelum ini;

  • Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;

  • Tidak pernah diisytiharkan muflis atau disenaraihitamkan olel mana-mana institusi kewangan;

  • Komited untuk mengikuti program mengikut tempoh yang ditetapkan; dan

  • Keutamaan bidang perniagaan: mak an dan minuman, perkhidmatan dan kraf kreatif.

90

Peserta Terlibat

44%

Berjaya menigkatkan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 selepas menyertai program ini

467

Wanita terlibat termasuk daripada kumpulan rentan seperti banduan parol, isteri kepada banduan parol, dan ibu tunggal.

57%

Berjaya menigkatkan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 selepas menyertai program ini