Goverment Policy

Seimbas lalu

Dasar Wanita Negara (DWN) yang pertama digubal pada tahun 1989 dan seterusnya disemak pada tahun 2009 dengan pengenalan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW).

DWN dan PTPW tahun 2025-2030 merupakan DWN yang digubal kali ketiga sebagai panduan kepada pelaksanaan semua strategi, program dan inisiatif kepada semua pihak berkepentingan.

Berbeza dengan DWN tahun 2009, naratif DWN dan PTPW tahun 2025-2030 akan dimulai dengan latar belakang kepentingan dasar wanita dan impaknya, sejarah pemerkasaan wanita dan rasional semakan semula yang bertujuan untuk memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan nuansa pemerkasaan wanita. DWN dan PTPW tahun 2025-2030 akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun, seiring dengan kitaran Rancangan Malaysia dan akan dilengkapi dengan sasaran keberhasilan yang terperinci bagi menambah baik proses pemantauan dan penilaian.

DWN ini juga akan memperkenalkan pemacu perubahan dan serta empat pemboleh daya yang dijangka akan menjadi pencetus kepada kejayaan pelaksanaan DWN, iaitu data berasaskan gender, bajet responsif gender, penilaian impak berasaskan gender dan audit gender.

Pelaksanaan DWN dijangka akan meningkatkan imej Malaysia dalam laporan antarabangsa seperti Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Sustainable Development Goals (SDGs), Global Gender Gap Index dan World Competitiveness Report.

Image
Image
Image

Perutusan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita selaku ketua koordinator pelaksanaan DWN dan PTPW tahun 2025-2030

Gerak Kerja Penggubalan dan Penulisan Dasar Wanita Negara tahun 2024 dan tahun 2025

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Gerak kerja pengarusperdanaan Dasar Wanita Negara 2025-2023 tahun 2025

Image
Image
Image

Rakaman temu bual Gender Focal Point Kementerian pada bulan Jun dan Julai 2025.

Image