PERANTIS

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah memperkenalkan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bagi membangunkan bakat kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang menerusi bimbingan tokoh wanita yang telah berjaya. Melalui program ini, tokoh wanita akan diberikan geran peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang yang merangkumi :
Kepimpinan
Politik
Ekonomi
Sosial
Teknologi
Perundangan
Keselamatan
Kesejahteraan
Pendidikan
Kesihatan
Objektif
Antara objektif utama pelaksanaan PERANTIS adalah :
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan;
Mempunyai posisi sebagai pemimpin daripada pelbagai peringkat; atau
Mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pemimpin yang berkaliber.
Tokoh Wanita
Terbuka kepada individu, pertubuhan dan syarikat. Sasaran tokoh wanita bagi PERANTIS 2026 adalah 60 orang.
Kriteria pemilihan adalah seperti berikut :
Kejayaan : Mempunyai pencapaian atau pengiktirafan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, institusi, komuniti;
Pengalaman : Mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman yang lebih lama; atau
Kemampuan : Mempunyai pengetahuan, kepakaran, minat dan sumber yang mencukupi untuk membimbing peserta PERANTIS 2026.
Peserta Program
Sasaran peserta bagi tahun 2026 adalah seramai 3,000 orang.
Kriteria pemilihan adalah seperti berikut :
Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan;
Mempunyai posisi sebagai pemimpin daripada pelbagai peringkat; atau
Mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pemimpin yang berkaliber.
Cara Memohon
Permohonan PERANTIS 2026 boleh dilakukan melalui atas talian di pautan https://bit.ly/PERANTIS2026.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia perantis di