Division / Unit

  • Merancang dan menyelaras hala tuju pemerkasaan wanita.

  • Merancang, menyelaras, dan mengemaskini Dasar Wanita Negara.

  • Merancang serta menyelaras pengemaskinian dan memantau pencapaian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.

  • Merancang, menyelaras dan melaksana urusan berkaitan Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) serta memantau pelaksanaan keputusan – keputusan mesyuarat.

  • Memantau pelaksanaan program yang diurussetiakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).

  • Menyelaras urusan berkaitan Parlimen, Memorandum Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja – Raja dan lain – lain mesyuarat di peringkat Kementerian.

  • Menyelaras pengemaskinian input / maklum balas berhubung komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan wanita.

  • Merancang, menyelaras, mengemas kini dan memantau Key Performance Indicator (KPI), Outcome Based Budgeting (OBB) dan Sasaran Kerja Utama Jabatan.

  • Menyelaras pengemaskinian input dan memantau pencapaian program berkaitan JPW di bawah Pelan Strategik KPWKM.

  • Memantau dan menyelaras input Dasar Wanita Negara dalam perbincangan dasar di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.

  • Menyelaras hala tuju dan perancangan strategik JPW.

  • Mempergiat, menyelaras dan memantau gerak kerja pengarusperdanaan Dasar Wanita Negara.