Mesyuarat Penyelarasan Program KASIH Komuniti Dan AAGS @Sibu

Mesyuarat Penyelarasan Program KASIH Komuniti Dan AAGS @Sibu

6 Januari 2025

Ketua Pengarah JPW mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sempena penganjuran Program KASIH Komuniti Dan AAGS @Sibu. Program ini merupakan program kerjasama strategik diantara JPW dan YKN dengan sokongan Bahagian BKP KPWKM. Antara pengisian program adalah Sidang PLENO dengan 3 panel daripada JPW, TAGS dan PDRM.

Penganjuran AAGS yang melengkapi program ini adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman dan kesedaran mengenai gangguan seksual dan Tribunal Bagi Antigangguan Seksual; Menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis antigangguan seksual; Menyampaikan maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan psikososial yang disediakan oleh KPWKM terutama dalam menangani gangguan seksual; dan menjalinkan kolaborasi strategik dengan semua pihak bagi mewujudkan amalan komuniti (community of practice) dalam menangani gangguan seksual.

Program akan dirasmikan oleh YB Menteri KPWKM pada 12 Januari 2025.

Label
Maklumat

Tarikh Berita

6 Januari 2025

Masa

-

Tempat