Dari Dapur Ke Digital: Wanita Melangkah Lebih Jauh
1 Disember 2025|Isnin
Jabatan Pembangunan Wanita turun padang ke Dapur Digital di PPR Kampung Muhibbah, sebuah inisiatif oleh Pepper Labs yang memperkasakan wanita melalui latihan kemahiran masakan serta kemahiran digital bagi menjana pendapatan secara atas talian.
Lawatan ini memberi peluang kepada JPW untuk meninjau pelaksanaan program secara menyeluruh, meneroka kerjasama strategik bersama Pepper Labs, dan sekali gus membuka ruang yang lebih luas untuk membina ekosistem ekonomi komuniti yang dinamik dan mampan.
Lawatan diketuai oleh YM Tunku Sofiah Larasih Binti Dato’ Tunku Zainol Rashid, Pengarah Bahagian Usahasama Strategik, bersama Cik Priscella Kula, Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan, pegawai dan kakitangan JPW.
Bersama kita memperkukuh penyertaan wanita dalam ekonomi digital negara. 💪🌸✨
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia
#RealisasiReformasi
#Rutin2Reformasi