Wanita & Ekonomi
Program Penjanaan Pendapatan
Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti ekonomi

Keusahawanan

Literasi Kewangan

Ekonomi Digital
Program-Program Wanita Ekonomi

Advokasi Penjanaan Pendapatan, Ekonomi Digital dan Literasi Kewangan
Program ini merupakan Program Pembangunan Kapasiti yang merangkumi program-program Advokasi Penjanaan Pendapatan, Ekonomi dan Kemahiran serta Literasi Kewangan bagi membantu golongan wanita termasuk ibu tunggal. Program ini dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil dan berbentuk kursus / bengkel seperti kursus-kursus kemahiran, pengurusan kewangan, kursus-kursus digital yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan sasar setempat.

Advokasi Menggalakkan Penglibatan Wanita Dalam STEM & IT
Program ini bertujuan untuk membuka pandangan wanita terhadap stigma dalam bidang STEM & IT disamping memberikan pendedahan terhadap peluang-peluang yang luas dalam bidang ini.

Sosioekonomi
Wanita
Rentan
Program bagi mendaya upayakan golongan rentan dengan memberi peluang dan ruang golongan rentan untuk meningkatkan taraf hidup dan berupaya menjana pendapatan.

Kemahiran
Warga
Emas
Kemahiran warga emas merupakan sebuah program direka khas dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti warga emas untuk terlibat dalam melakukan aktiviti kemahiran yang bersesuaian dengan objektif untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Program Wanita GIG@BIT (Gig & Business In Technology)
Program Wanita Gig@BIT

telah dilancarkan pada tahun 2024 bagi menggalakkan wanita meneroka peluang menjana pendapatan dalam sektor digital. Program ini menekankan literasi digital, keselamatan dalam talian, dan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi digital, termasuk dalam bidang e-dagang.
0
Peserta Secara Fizikal
0
Peserta Atas Talian
0
Jumlah tontonan di media social dengan 3,144 tanda suka, Data pada tahun 2024
Program Domain Wanita & Ekonomi
1
Domain Wanita & Ekonomi adalah Program Pembangunan Kapasiti dan Latihan Keusahawanan yang merangkumi program-program Advokasi Penjanaan Pendapatan, Ekonomi dan Kemahiran serta Literasi Kewangan bagi membantu golongan wanita.
2
Program-program tersebut dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil dan berbentuk kursus atau bengkel serta kursus-kursus kemahiran, pengurusan kewangan, kursus-kursus digital yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan sasar setempat.
3
Program tersebut telah menggalakkan peserta untuk terlibat dalam perniagaan yang bukan hanya membantu meningkatkan pendapatan malahan sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran bagi memperluaskan jaringan perniagaan.
0
Peserta terlibat dalam program Pembangunan Kapasiti dan Latihan Keusahawanan
0
Bilangan program di bawah domain wanita & ekonomi
Dijalankan secara hybrid (dalam talian dan fizikal)
* Data Tahun 2023 - 2024
Program MEKAR - Memberdaya Akar Umbi Wanita


Program MEKAR bertujuan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran, literasi kewangan, hak wanita dan kesejahteraan. Program ini dilaksanakan oleh pejabat negeri dengan kerjasama agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi memperkasa wanita berkerjaya dan usahawa
0
Lima program peringkat wilayah telah dilaksanakan semperna sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Febuari 2025
0
Peserta daripada pelbagai latar belakang mendapat manfaat daripada program ini

Latihan Kemahiran

kesejahteraan

Hak wanita
